Tuesday, 29 January 2019

CARA CARA MENGATASI

Peranan individu. Mendekatkan diri kepada Tuhan. Sentiasa melakukan ibadah seperti solat, berzikir dan membaca Al-Quran. Dapat menimbulkan rasa insaf serta rendah diri. Mencuba untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang gejala negatif atau masalah disiplin. Sentiasa meminta dorongan daripada keluarga, rakan-rakan dan pihak kaunseling. Jangan malu untuk berkongsi masalah. Luahkan segala masalah yang dialami. Dapat mengurangkan masalah atau beban yang ditanggung. Meningkatkan keyakinan diri di samping dapat merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain. Timbul rasa kasih sayang serta saling memahami perasaan sesama mereka. Tetapkan target atau bina satu azam untuk mencapai kehidupan yang lebih berkualiti. Azam yang dibina dapat menguatkan semangat individu itu untuk terus melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Sentiasa yakin diri bahawa azam yang dibina itu akan tercapai dengan cemerlang ke arah pembentukan diri yang lebih berdisiplin.
Mengamalkan cara hidup yang sihat (positif). Melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Melakukan senaman secara sistematik. Mengamalkan pemakanan yang sihat untuk menjamin fizikal dan mental yang berkualiti. Menghindari diri daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti najis dadah, seks bebas dan sebagainya. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasI masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu, tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak, ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibubapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. Selain daripada itu, pendekatan akademik boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengardanteknik pengajaran luar kelas. Pihak sekolah juga perlu mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut dikalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis juga perlu mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Selain dari itu, langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling diperingkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

No comments:

Post a Comment

 KOMUNIKASI PENYIARAN DALAM ISLAM PUNCA PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA PENSYARAH PN LIYANA BINTI ABDUL SAMAT EN SAIFU...