Tuesday, 29 January 2019

PENGENALAN


Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat  untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai  murni kemanusiaan serta agama.
Pada masa kini, satu masalah besar yang berlaku di dalam masyarakat pada hari ini iaitu masalah keruntuhan akhlak remaja. Hal demikian adalah sering berlaku. Antara masalah keruntuhan ini adalah seperti seks bebas dan jenayah seksual dikalangan pelajar kini semakin membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota. Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius. Selain itu, gejala samseng atau gengsterime daripada sekolah menengah lagi, di seluruh negara juga semakin membimbangkan. Remaja sekarang ternyata semakin berani mencabar undang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan senjata merbahaya. Kalau kita menyorot kembali gejala ini, kita akan diperlihatkan kepada pembabitan pelajar dalam kes jenayah berat seperti membunuh, merogol, menyamun, mengugut dan kes pukul. Black Metal Saban hari bilangan remaja yang terjebak dengan gejala sosial kian meningkat. Yang lebih menyayatkan adalah gejala ini seolah-olah epidemik atau wabakyang menjangkiti remaja melayu babak demibabak. Penglibatan pelajar di negara kita dalam kes merokok, dadah, lari dari rumah dan judi bukanlah perkara yang baru. Diantara jenis-jenis dadah yang dikesan dikalangan pelajar ialah ganja, heroin, pil ectasy, menghidu gam, meminum ubat batuk dan lain-lain bahan yang mempunyai kesan-kesan dadah. Statistik untuk tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan remaja yang lari atau menghilangkan dari rumah semakin membimbangkan. Cara perbualan remaja sekarang juga sangat membimbangkan, mereka lebih selesa untuk bergaul dengan perkataan yang kesat berbanding perkataan yang baik baik. Ikhtilat juga dilupakan, mereka bercenderung untuk bergaul secara bebas dan meninggalkan batas batas yang sepatutnya. Begitu juga dengan pergaulan mereka bersama orang tua mereka, tiada batas, mereka tidak mementingkan kesopanan dan ketatasusilaan apabila berhadapan dengan keluarga. Nampaklah remaja zaman sekarang perlukan bimbingan yang lebih.

No comments:

Post a Comment

 KOMUNIKASI PENYIARAN DALAM ISLAM PUNCA PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA PENSYARAH PN LIYANA BINTI ABDUL SAMAT EN SAIFU...