Tuesday, 29 January 2019

PUNCA PUNCA KERUNTUHANNYA AKHLAK REMAJA

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keruntuhannya akhlak seseorng remaja,
Faktor remaja itu sendiri,

Tekanan dalam pelajaran
o Secara purata, setiap pelajar mempunyai 8 hingga 10 subjek untuk belajar bagi peperiksaan, mahupun peperiksaan di sekolah, UPSR, PMR, SPM ataupun STPM.
o Selain itu, sesetengah pelajar menghadiri kelas tambahan dan kelas tuisyen dan mempunyai kerja yang diperuntukkan oleh guru tuisyen.

Tekanan daripada ibu bapa yang suka mengongkong
o Bukan salah ibu bapa untuk mengambil tahu tentang aktiviti seharian anak-anak tetapi jika ibu bapa terlalu mengongkong, anak-anak akan berasa kekurangan kebebasan dan privasi untuk melakukan perkara yang diminati.
o Sesetengah remaja tidak tahan akan ibu bapa mereka dan berfikir untuk melarikan diri dari rumah.

Sikap ingin mencuba
o Contohnya, sekiranya remaja itu mula merokok, lama-kelamaan dia akan mula mencuba dadah dan akan menjadi seorang penagih dadah
o Kalau perkara tersebut menjadi serius, remaja itu akan mencederakan keluarganya, orang lain serta mencuri untuk mendapatkan wang membeli dadah.

Media massa
o Pada zaman perkembangan ICT yang luas ini, ICT tersebut memainkan peranan yang penting kerana ia bersifat secara globalisasi.
o Sebagai contoh, internet dapat mewujudkan satu perhubungan antara negara-negara, secara tidak langsung seseorang remaja terdedah kepada pengaruh kebudayaan luar negara atau negara asing.
o Selain itu, penapisan media yang kurang tegas. Contohnya, filem negara asing yang mempunyai unsur-unsur ganas dan seksual. Jika tiada penapisan yang tegas dilaksanakan, maka masalah sosial seperti vandalisme dan gangsterisme akan berleluasa di negara kita.

Faktor Ibu Bapa
 Ibu bapa yang bersifat materialistik sibuk mengejar kemewahan sehingga mengabaikan anak mereka terutamanya remaja pada hari ini. Remaja yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya akan melakukan perkara maksiat kerana mereka menganggap bahawa mereka tidak dikongkong oleh ibu bapanya dan dapat melakukan apa-apa sahaja dengan sesuka hati.

Faktor Latar Belakang
 Kebanyakan remaja yang berasal dari keluarga berada selalunya membazirkan masa dan wang ibu bapanya dalam perkara yang sia-sia.
 Contohnya, melayari internet di siber kafe, melepak di pusat hiburan dan sebagainya. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai wang saku yang berlebihan.
 Sebaliknya, golongan miskin akan memikirkan cara perbelanjaan dan mereka akan menggunakan wang tersebut dengan bermanfaat. Tuntasnya, latar belakang yang berbeza yang dapat menentukan ahklak seseorang.

Keadaan Keluarga Yang Tidak Harmoni
 Ibu bapa yang selalu bergaduh akan menyebabkan pertumbuhan mental anak mereka menjadi tidak seimbang.
 Sebagai akibatnya, berlakunya kes-kes gangsterlisme, vandalisme, kes penderaan dan sebagainya.
 Masalah penceraian ibu bapa juga faktor yang menjadikan seseorang remaja silap menjejaki kaki dalam perbuatan negatif.

Kekurangan Ajaran Agama
 Agama merupakan ajaran bagi seseorang insan untuk berlakuan baik.
 Namun, keluarga pada zaman kini kurang mementingkan ajaran agama.
 Sebagai kesannya, remaja tidak mempunyai jati diri dan kurang berhemah tinggi kerana mereka tidak mengamalkan pengajaran agama.
 Sebagai contoh, remaja kini kurang menghormati orang tua dan selalunya melakukan perbuatan negatif di luar jangkaan.

Pengaruh Rakan Sebaya
 Hal ini adalah kebenaran kerana rakan sebaya merupakan golongan umur yang paling dekat.
 Jadi kebanyakan mereka mempunyai ideologi yang sama dan ‘sense of belonging’ yang kuat dalam kalangan mereka.
 Sebagai contoh, jika seseorang yang berkawan dengan rakan negatif yang memujuk untuk menyertai kegiatan haram seperti menagih dadah dan perlumbaan haram, jika seseorang remaja itu tidak mempunyai jati diri yang kuat, maka dia akan mudah terpengaruh oleh rakan negatif.

 Faktor pihak sekolah yang kurang memberi perhatian kepada pelajar.
 Sesetengah guru yang cuma memberi perhatian kepada pelajar cemerlang dan tidak mempedulikan pelajar yang lemah dalam pelajaran.
 Guru menganggap bahawa pelajar yang lemah, tidak akan maju dalam pelajaran dan cuma akan membuang masa mengajar pelajar sebegini.
 Guru kaunseling tidak memberi bantuan kaunseling yang patut diberikan pada pelajar bermasalah disiplin.

No comments:

Post a Comment

 KOMUNIKASI PENYIARAN DALAM ISLAM PUNCA PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA PENSYARAH PN LIYANA BINTI ABDUL SAMAT EN SAIFU...